Ezad Lazim rasa rugi habis beratus ribu ringgit demi dadah

Penyanyi Ezad Lazim mengakui pernah membazirkan ratusan ribu ringgit semata-mata membeli dadah. “Jumlah duit saya “laburkan” untuk membeli dadah dahulu cukup untuk memulakan perniagaan atau melakukan perkara yang baik lain,” kata bekas vokalis Exist seperti dilapor Harian Metro.

Ezad Lazim rasa rugi habis beratus ribu ringgit demi dadah

Ezad Lazim rasa rugi habis beratus ribu ringgit demi dadah

Berkat dorongan keluarga peserta Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) kini sudah berubah dan bebas dari pengaruh dadah.

“Sepanjang terbabit dengan dadah, saya rasa rugi dan banyak masa terbuang begitu saja khususnya soal kerjaya,” kata pelakon filem Mami Jarum.

Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 37, pernah popular dengan lagu Jesnita kesal dengan perbuatan yang dianggap menjejaskan karier nyanyiannya.

“Setiap kali dapat duit hasil menyanyi, saya akan menghabiskannya kepada benda tidak berguna itu.

“Sekarang saya sudah tidak melakukan kerana sayangkan keluarga.”

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post