Tasha Manshahar perlekeh nyanyian Fazura di Muzik-muzik?

Tasha Manshahar perlekeh nyanyian Fazura di Muzik-muzik? | Baru baru ini nyanyian Fazura di saingan separuh akhir Muzik Muzik 31 telah mendapat kritikan dan ramai menyifatkan persembahannya itu hancur. Ramai yang mendakwa Fazura tidak perlu menyanyi malah lagu bertajuk Hancur Aku itu juga turut menjadi bahan jenaka di laman sosial.

Tasha Manshahar perlekeh nyanyian Fazura di Muzik-muzik?

Tasha Manshahar perlekeh nyanyian Fazura di Muzik-muzik?

Tidak dapat lari daripada perkara tersebut, penyanyi Tasha Manshahar menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk memperkecilkan kebolehan Fazura sebagai penyanyi apabila memuat naik komen ‘hancur betul’ di Instagram peminatnya.

“Semuanya hanya salah faham kerana komen ‘hancur betul’ itu memang bukan untuk Fazura dan saya pun tak tengok persembahannya. Kebetulan individu yang memuat naik gambar itu adalah ketua kepada kelab peminat saya dan komen berkenaan saya tujukan kepadanya dengan nada bergurau”

“Saya pun tidak tahu bagaimana nyanyian Fazura dalam program itu. Kalau betul dia menyanyi tak bagus malam itu, saya tiada hak langsung mengkritiknya secara terbuka kerana saya pun penyanyi,” katanya.

Tambah Tasha lagi, dia juga turut mengagumi pelakon dan penyanyi berkenaan malah tidak mempunyai sebab langsung untuk mempertikaikan kebolehan Fazura. Malah dia juga terkilan apabila ada warga laman sosial yang turut ‘menyerangnya’ kembali apabila mendakwa nyanyian Tasha tidaklah sebagus mana.

Sumber: Rotikaya



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post