Tak bawa untung pada negara, penganjuran F1 di Malaysia ditamatkan

Tak bawa untung pada negara, penganjuran F1 di Malaysia ditamatkan | Kontrak penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) tidak akan disambung selepas tahun 2018 kerana tidak menjana keuntungan kepada negara.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata kerajaan memperuntukkan kira-kira RM300 juta setahun untuk menganjurkan perlumbaan peringkat dunia itu bagi menarik kemasukan pelancong asing, selain memupuk bakat pelumba tempatan.

Tak bawa untung pada negara, penganjuran F1 di Malaysia ditamatkan

Tak bawa untung pada negara, penganjuran F1 di Malaysia ditamatkan

Bagaimanapun, katanya, jumlah peminat sukan F1 dari dalam dan luar negara merudum sejak kebelakangan ini, sekali gus gagal menjana pulangan seperti dijangkakan.

“Penganjuran F1 terlalu mahal untuk diteruskan dan sambutan daripada peminat sukan permotoran ini semakin hari semakin berkurangan.

“Ia berbeza dengan perlumbaan Moto GP yang sehingga kini berupaya menarik peminat dari dalam dan luar negara, selain memberi ruang kepada bakat tempatan untuk menonjol di arena antarabangsa.

“Sehubungan itu, kontrak penganjuran F1 untuk tempoh 2016 hingga 2018 ini adalah yang terakhir dan ia tidak akan disambung,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, sebentar tadi.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini dilaporkan bersetuju supaya penganjuran perlumbaan F1 dihentikan sementara waktu, susulan penurunan mendadak jumlah penonton dan penjualan tiket.

Impak penganjuran perlumbaan itu ketika ini disifatkan berbeza ketika Malaysia menjadi negara perintis di rantau Asia yang menganjurkannya pada 1999.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post