Warga AS panik Donald Trump jadi Presiden, ramai nak pindah Kanada

Warga AS panik Donald Trump jadi Presiden, ramai nak pindah Kanada | Ramai warga Amerika Syarikat dijangka akan berpindah ke Kanada sekiranya calon presiden Republikan Donald Trump berjaya ke Rumah Putih.

Laman web imigresen Kanada pada malam Selasa mengalami kesesakan trafik sehingga gagal diakses ketika pencabar Hillary Clinton, calon Demokrat, dilaporkan sedang mendahului pilihan raya tersebut, lapor Reuters. 

Warga AS panik Donald Trump jadi Presiden, ramai nak pindah Kanada

Warga AS panik Donald Trump jadi Presiden, ramai nak pindah Kanada

Sebilangan pengguna internet di Amerika Syarikat, Kanada dan Asia yang mengakses laman web www.cic.gc.ca menerima mesej “internal server error” atau mengalami masalah pelayan.

Pegawai kementerian tersebut tidak memberikan sebarang ulasan tetapi beberapa masalah laman web itu dikesan oleh ramai pengguna Twitter.

Sesetengah rakyat Amerika Syarikat berkata, selalunya dengan berseloroh, mereka akan berpindah ke Kanada sekiranya Trump dipilih sebagai presiden.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post