5 Bahan Semulajadi Untuk Merawat Demam Bayi tanpa Ubat Doktor.
Selalunya, kalau bayi demam, ibu bapalah yang menjadi doktor pertama mereka. Memandangkan demam adalah antara penyakit yang paling biasa di kalangan kanak-kanak, ibu bapa...
Selalunya, kalau bayi demam, ibu bapalah yang menjadi doktor pertama mereka. Memandangkan demam adalah antara penyakit yang paling biasa di kalangan kanak-kanak, ibu bapa akan memantau dahulu keadaan anak buat sementara waktu sebelum di bawa ke klinik.
Tapi, sebagai ibu bapa, mana mungkin kita dapat berdiam diri meilhat bayi terlantar lemah. Jadi, cuba periksa dapur anda sekarang dan lihat bahan mana yang anda boleh gunakan untuk membantu mengembalikan kesihatan mereka.
Antara bahan semulajadi yang paling mudah dan berkesan untuk merawat demam bayi ialah:
1. Bawang Putih
Garlic sock – Pakaikan anak sarung kaki berlubang besar. Ambil sehelai lagi sarung kaki, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit. Tujuan menggunakan 2 lapisan sarung kaki adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan akibat kepanasan bawang putih.
Minyak bawang putih – Panggang bawang putih dgn kulit sehingga keperangan dan kemudian lenyekkan pada minyak. Sapukan minyak ini di dada dan tapak kaki bayi ketika batuk atau selsema. Digalakkan menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa kerana mengandungi bahan semulajadi yang sesuai untuk bayi.
Nota: Pastikan anda mencuba dalam kuantiti kecil terlebih dahulu untuk memastikan bayi tidak alah terhadap bawang putih.
2. Air Lemon / Asam Jawa
Basahkan badan dan kepala – Campurkan pati perahan dalam air kosong dalam nisbah 1:1. Rendamkan kain dan basahkan badan serta kepala untuk menurunkan suhu badan dengan berkesan.
3. Kunyit Hidup
Sapu di hidung – Untuk melegakan selsema, ambil kunyit hidup dan potongkan supaya nampak isinya. Kemudian sapukan bahagian isi tersebut di atas hidung bayi. Walaupun hidung bayi akan kekuningan buat beberapa hari, tetapi ramai ibu yang amat berpuas hati dengan hasilnya.
4. Aloe Vera / Lidah Buaya
Sama ada anda mempunyai tumbuhan ini di rumah atau terdapat yang telah dibotolkan, kedua-duanya amat berguna untuk seisi keluarga! Pati gelnya yang sejuk boleh bertindak untuk menurunkan suhu badan apabila disapu pada bahagian tapak kaki dan dipakaikan stokin.
5. Timun
Kadangkala, bayi diserang demam ketika mula tumbuh gigi. Untuk mengatasi masalah ini, timun juga boleh digunakan sebagai teether untuk membantu bayi anda menyejukkan suhu badan dan juga untuk mengurangkan rasa gatal atau tidak selesa pada bahagian gusi.
Pastikan anda memerhatikannya menggigit supaya tidak tercekik.
Perlu diingat, jika penyakit bayi anda masih berlanjutan pergilah berjumpa doktor. Sesetengah bayi juga mungkin memberi reaksi berbeza pada bahan-bahan yang dinyatakan di atas.
Paling penting, teruskan penyusuan dengan kerap, terutamanya sewaktu bayi anda sakit kerana susu badan mempunyai banyak antibodi yang membantu bayi kembali sihat.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW