Wajah-Wajah Paling Berpengaruh Di Malaysia 2016

Wajah-Wajah Paling Berpengaruh Di Malaysia

Gambar: Vulcan Post, The Star dan Twitter

Tidak kira apa jua bidang kepakaran mereka, pasti 16 warganegara Malaysia ini melakar tahun 2016 mereka dengan cemerlang. Kami senaraikan anak-anak Malaysia yang berpengaruh dan mempunyai suara jitu dalam mencorak masa depan negara dan tidak lupa, kejayaan diri sendiri.

1) Yuna

Gambar: Elle Malaysia

Apa sahaja yang Yuna lakukan, mesti menjadi perhatian. Walaupun ada kesam lebam di lehernya, netizen terus pantas membuat andaian. Tolak tepi segala kecaman, pencapaian Yuna pada tahun 2016 ini amat membanggakan. Berkolaborasi bersama penyanyi popular, muncul di dalam majalah bertaraf antarabangsa, muzik dan imejnya diterima dunia, Yuna cukup berpengaruh bukan sahaja di tanahirnya sendiri malah di serata dunia.

2) Datuk Seri Vida

Gambar: Twitter

Dalam bidang kecantikan, dialah nombor satu. Bijak juga merancang strategi pemasaran dan promosi, taglinenya diketahui oleh setiap lapisan masyarakat. Lebih memberi inspirasi, Datuk Vida bermula dari bawah dan tanpa mengenal jemu dan putus asa, dia berjaya menjadi antara yang berpengaruh tahun ini. 

3) Atlet-atlet Paralimpik

Gambar: Twitter

Lagu Negaraku berkumandang di Sukan Paralimpik Rio 2016 masih berbekas di dalam hati kita. Malaysia melakar sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada Paralimpik Rio di Brazil, di mana dua atlet negara itu turut mencipta rekod dunia dan rekod paralimpik. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly cemerlang dalam meletakkan Malaysia berkilau emas.

4) Vivy Yusof

Gambar: Twitter

Dia antara selebriti berhijab paling bergaya! Lebih daripada itu, nama Vivy Yusof, 29, cemerlang sebagai pengasas empayar Fashion Valet. Apa sahaja yang direka oleh pasukannya dan lebih tepat dipakai olehnya, menjadi ikutan pada hijabi di Malaysia.

5) Tunku Mahkota Johor (TMJ)

Gambar: Vulcan Post

Daripada isu pendrive FAM, kepada isu pasukan JDT dan yang kelahiran puteri sulung, YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah, TMJ cukup berpengaruh bagi tahun 2016.

6) Luqman Podolski

Gambar: Mstar 

Dengan satu juta pengikut di laman Instagram hasil penerbitan video-videonya, Luqman Podolski, 18, antara selebriti media sosial yang cukup digemari. Video yang dihasilkan sentiasa mengikut perkembangan isu semasa dan direka mengikut kreativitinya sendiri. Bekas pelajar SMK Pusat Bandar Puchong 1 yang baharu mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu merancang untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam bidang komunikasi massa.

7) Khairy Jamaluddin

Gambar: TV14

Menteri Belia dan Sukan ini cukup memberi impak pada golongan belia. Selain menggalakkan rakyat Malaysia sentiasa fit menerusi kempen Fit Malaysia, beliau turut menjadi menteri pertama berpangkat Brigedier Jeneral sebenar dalam Rejimen Askar Wataniah dan kekal menjadi Komander Rejimen 508 Askar Wataniah.

8) Dato' Rizalman Ibrahim

Gambar: Instagram rizalman71

Mengharungi kejayaan sebagai salah seorang pereka fesyen terkemuka tanah air, Dato' Rizalman Ibrahim dilihat sebagai fashion designer yang berbakat dan keberaniannya dalam berkarya disanjung. Dianugerahi pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' baru-baru ini, pengaruh dan citarasa Dato' Rizalman dalam bidang fesyen sentiasa disegani.

9) Mizz Nina dan Noh Salleh

Gambar: My Newshub

Antara pasangan selebriti yang sentiasa mendapat perhatian media adalah Mizz Nina dan Noh Salleh. Selepas penghijrahan Mizz Nina, pasangan yang dikenali sebagai pasangan low profile ini menjadi inspirasi apabila viral kisah Noh hanya mempunyai RM8,000 ketika mahu melamar Mizz Nina, anak perempuan Tan Sri Dato' Azman Hashim. Ramai anak muda turut menjadikan mereka motivasi dan #relationshipgoals.

10) Johan

Gambar: Majalah Intrend


Antara penyampai radio dan pelawak paling digemari rakyat Malaysia, Mohd Yazid Lim atau lebih mesra disapa Johan melayari kehidupan bahagianya bersama isteri dan empat anaknya dengan segala kesenangan. Turut bermula dari bawah, hasil usaha penat jerih membawa Johan antara selebriti yang paling mahal kini. Turut dikecam baru-baru ini, siapa sangka Johan dan isterinya sebenarnya suka melakukan kebajikan dan beramal. 

11) Syed Saddiq

Gambar: Malaysia Kini

Suaranya didengari walaupun usianya agak muda. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 24, pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang turut bergelar pendebat terbaik Asia ini antara yang menonjol dalam tahun ini.

12) Syamsul Yusof

Gambar: Mstar

Pengarah muda ini antara yang menempa namanya tahun ini. Syamsul Yusof sentiasa memberikan impak pada penonton dan menjadi naskhah yang ditunggu ramai. Lebih membanggakan, filem genre seram arahannya, Munafik telah diangkat sebagai Filem Terbaik dan turut menrangkul Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).

13) Neelofa

Gambar: Star2

Boleh dikatakan tahun ini, apa yang disentuh Neelofa, menjadi. Dia antara permata yang menyerlah sepanjang tahun 2016. Lupakan kisah percintaannya yang tidak sampai ke penghujung, Neelofa lulus cemerlang tahun ini dengan perniagaan tudungnya yang melonjak. Apa sahaja yang dipakainya, menjadi trend. Neelofa turut menjadi sumber inspirasi para hijabi untuk tampil bergaya.

14)  The Pocketrocketman, Azizulhasni Awang

Gambar: todayonline.com

Penyumbang pingat gangsa dalam acara Kierin berbasikal di Sukan Olimpik Rio 2016 ini membuatkan rakyat Malaysia tersenyum. Namun selepas kemenangannya, tumpuan kita beralih pula pada rintihannya pada pihak yang didakwa tidak menghiraukan keperluan sukannya, lebih tepat lagi pada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman. Isu ini diharap membuka mata sesetengah pihak akan sumbangan atlet dalam membantu menaikkan nama negara dalam arena sukan dunia.

15) Soo Wincci

Gambar: Berita Harian

Dalam pelbagai kisah Ijazah Doktor Falsah (PhD) palsu tahun ini, ada seorang selebriti yang membuktikan tiada jalan mudah untuk bergelar doktor falsafah. Bekas ratu cantik Malaysia tahun 2008 ini berjaya menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan pada usia 31. Beliau menerima PhD yang disampaikan Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim. Tambah cemerlang, Soo Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai Ratu Cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records (MBOR).

16) Tan Sri Tony Fernandes

Gambar: Japan Times

Jasanya antara yang paling diingati tahun ini. Bermula dengan kisah memberi peluang kepada seorang penghantar surat menjadi seorang juruterbang kemudian menghadiahkan seorang kakitangannya sebuah kereta BMW, Tan Sri Tony Fernandes disifatkan sebagai bos terbaik di dunia.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post