Anak Donald Trump yang ‘tersisih’

WALAUPUN adik-beradiknya yang lain dilihat semakin menyinar di kaca televisyen, identiti dan perwatakan anak bongsu Presiden Amerika Syarikat,  Tiffany Trump masih kekal misteri dari mata dunia.

Dibayangi oleh perwatakan adik-beradiknya yang berprofil tinggi, Tiffany sering dikenali atau dirujuk sebagai ‘anak yang disisihkan’ oleh media antarabangsa.

Ini kerana perbezaan ketara antara Tiffany dengan ‘Trump’ yang lain, yang nampaknya lebih selesa mengatur kehidupannya supaya lebih ‘tenang’, bebas dari dunia politik.

Graduan Universiti Pennsylvania  berusia 23 tahun itu pernah memberikan ucapan di sebuah konvensyen di Cleveland, Ohio di mana gadis itu memuji ayahnya, Donald J. Trump dan mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya.

Bagaimanapun sejak daripada itu, Tiffany kemudiannya tidak lagi muncul di hadapan media.

Tiffany merupakan anak tunggal hasil hubungan antara Trump dengan pelakon AS, Marla Maples.

Trump dan Maples  melangsungkan perkahwinan dua bulan selepas kelahiran Tiffany dan perkahwinan mereka bertahan selama enam tahun.

Tiffany berpindah ke California bersama ibunya 1999, setelah keputusan perceraian dimuktamadkan oleh semua pihak.

Tiffany menghabiskan sebahagian besarnya hidupnya dengan mengasingkan diri daripada adik-beradiknya yang lain.

Bagaimanapun Tiffany telah berjaya mengekalkan hubungan erat dengan Ivanka, lapor Vanity Fair.

Dalam buku yang ditulis oleh Ivanka, beliau menjelaskan Tiffany sentiasa disisihkan daripada keluarga berbanding adik-beradik yang, di mana dia membesar di bahagian lain di AS.

Tidak seperti ‘Trump’ lain yang dimanja dengan kemewahan, Tiffany tidak mempunya akses kepada kekayaan atau kad kredit peribadi yang diberikan ayah mereka.

Perkara tersebut diakui oleh Ivanka yang turut menyatakan, Tiffany tidak tinggal sebumbung dengan mereka dan mereka tidak pernah bermain bersama semasa kecil.

“Apa yang dia tahu (Tiffany), satu-satunya cara untuk dia berseronok adalah dengan menikmati keistimewaan yang ada pada rakan-rakan di sekelilingnya. Yang mana ia akan diperolehi sekiranya dia tinggal sebumbung dengan kami,” tulis Ivanka dalam bukunya.

Apabila Tiffany pergi ke universiti, Ivanka memujuk bapanya untuk memberinya wang saku.

“Saya tidak beritahu dia (Tiffany), sudah tentu.”Saya cadangkan kepada ayah kami untuk memberi kejutan kepada Tiffany dengan memberikannya kad kredit untuk Krismas, dan elaun bulanan yang kecil ke atasnya. Tiffany agak teruja , lega dan bersyukur, ” tulisnya lagi.

Vanity Fair dalam masa sama turut mengesahkan Tiffany akan mengira setiap perbelanjaan wang saku yang diberikan dan agak berhati-hati setiap kali menggunakan kad kredit yang diberikan oleh Trump.

Trump dikatakan telah menetapkan kadar perbelanjaan yang ketat dengan hanya AS$ 500 (RM2246) sebulan.

Kini, akaun media sosial Tiffany memberitahu cerita yang berbeza.

Tiffany mempunyai pengikut yang berprofil tinggi di Instagram dan mencatatkan lebih daripada 514,000 pengikut.

Dia kerap berkongsi foto yang menggambarkan dirinya menjalani gaya hidup yang glamor dan dikelilingi individu terkenal sebagai rakan-rakannya.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post