“Biar Allah tunjukkan kebenaran,” kata seorang pengasas produk kecantikan apabila tampil membuat laporan polis berhubung kenyataan berunsur fitnah yang dibuat seorang wanita tidak dikenali dalam laman Facebook (FB), di sini, kelmarin.
Izubiela Rasi, 20-an berkata, dia menyedari kejadian itu Rabu lalu selepas dimaklumkan mengenai satu kenyataan yang dibuat seorang wanita yang menggunakan nama Yana Hana dalam FB dengan cuba mengaibkannya dalam ruangan komen.
Menurutnya, tindakan wanita itu cukup mengejutkan kerana didapati cuba memalukan dirinya dengan menggelar suaminya seorang yang dayus serta menghasut rakan dalam laman FB untuk lebih berhati-hati dengannya.
“Saya sudah menyekat pemilik akaun berkenaan, namun wanita itu terus mengganggu rakan niaga termasuk stokis supaya membenci saya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW