Anak Sheila Majid buat 2 kerja, cikgu tadika jadi karier utama

Meskipun meminati dunia nyanyian seperti ibunya Datuk Sheila Majid, namun Kayda memilih guru tadika sebagai karier utama.

Berdepan cabaran ekonomi semasa, penyanyi hip hop, Wan Nur Khaleda sedar pentingnya mempunyai pekerjaan tetap selain bidang seni.

Anak Sheila Majid buat 2 kerja

Anak Sheila Majid buat 2 kerja

“Saya memang sukakan budak-budak. Sebelum ini saya memang hendak ceburi bidang muzik tetapi bila melangkah ke universiti, pensyarah galakkan kami melibatkan diri menolong kanak-kanak pelarian,” katanya kepada ProjekMMO.

“Saya juga belajar mengenai kanak-kanak sewaktu pengajian. Sebab itu bila saya habiskan tesis saya, saya minta kerja [guru tadika].

“Bila saya habis belajar, saya perlu ada pekerjaan tetap bukan hanya sebagai penyanyi,” kata pemegang ijazah psikologi Universiti Help.

Kayda, 25, mengakui keputusannya menjadi seorang pendidik mengejutkan ramai pihak yang menyangka dirinya bakal mengikut jejak langkah ibunya fokus dalam industri seni.

“Kawan-kawan semua terkejut sebab tahu dari kecil hendak jadi penyanyi tetapi bila dah besar kita kena fikirkan pendapatan tetap.

“Zaman sekarang ini kita kena buat dua kerja. Saya tidak boleh fokus pada satu benda,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Hampir dua tahun menjadi guru di Sparkles Montessori di sini, Kayda mengajar kanak-kanak bawah empat tahun subjek bahasa Inggeris dan muzik.

Penyanyi Go Hard or Gostan ini menjadi tenaga pengajar di sebelah pagi dan kemudian meneruskan aktiviti nyanyiannya sebelah petang.

“Saya mengajar muzik dan menari. Saya juga ajar vokal dan beri latihan asas [Inggeris] kepada murid-murid.

“Saya kerja dari 8 pagi hingga 2 petang secara sambilan. Petang saya boleh fokus aktiviti muzik dan malam adalah waktu rehat saya,” katanya.

Mengenai perkembangan seni, Kayda bakal melancarkan single baru bersama penyanyi dan penulis lirik rap Amerika Syarikat, Radio 3000 bulan depan.

“InshaAllah, Januari ini akan lancar single dengan muzik video sekali. Ia merupakan lagu Inggeris yang diterbit sepenuhnya Radio 3000,” katanya.

Awal bulan lalu, Kayda muncul bersama Sheila dalam lagu Sinaran yang diberi nafas baru sebagai lagu tema iklan komersil produk minuman Anlene.

“Bekerja dengan seorang penyanyi yang ternama lebih-lebih lagi pengalaman 30 tahun membuatkan saya gentar. Walaupun dia ibu saya, perkara jadi berbeza dalam dunia seni.

“Saya bangga apabila dikaitkan dengan ibu saya. Dulu saya tertekan, tetapi sekarang tidak lagi,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post