Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia perlu berpegang teguh pada nilai-nilai murni yang mengikat erat mereka selama ini seperti sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu golongan yang memerlukan.
Dalam perutusan Krismasnya, beliau berkata nilai-nilai itu didukung oleh penganut semua agama.
Dalam kenyataan menjelang sambutan perayaan itu pada Ahad, katanya: “Ini merupakan masa untuk menyerlahkan nilai-nilai yang menjadi pegangan penganut Kristian dan agama-agama yang lain – saling menghormati, sikap bertoleransi antara satu sama lain dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
“Ini merupakan nilai-nilai yang mengikat erat kita semua, untuk meraikankekayaan dan kepelbagaian yang wujud di negara ini, bersama-sama,” kata Najib.
Perdana menteri turut mengucapkan ‘Selamat Menyambut Krismas’ kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu di tanah air atau di luar negara bersama-sama orang tersayang.
Katanya ia merupakan hari yang mengumpulkan dan menyatukan rakan dan anggota keluarga di seluruh negara.-Bernama
Sumber: MStar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW