Dua Bayi Kembar Maut Dalam Kemalangan Di Tampin

Empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia satu tahun maut dalam kemalangan membabit dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas pada Sabtu.

Penguasa Kanan Bomba II daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Roslan Sahrani berkata dalam kejadian pukul 3.20 petang Sabtu, kereta Proton Saga yang dinaiki enam sekeluarga dipercayai terbabas sebelum melanggar sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki yang berusia 62 tahun yang datang dari arah bertentangan.

Dua Bayi Kembar Maut Dalam Kemalangan Di Tampin

Dua Bayi Kembar Maut Dalam Kemalangan Di Tampin

“Yang maut ditempat kejadian adalah pemandu kereta itu yang berumur 37 dan seorang wanita berumur lingkungan 60 tahun, manakala dua daripada tiga bayi kembar setahun yang turut berada dalam kereta Proton Saga itu meninggal dunia di Hospital Tampin ketika mendapatkan rawatan.

“Manakala pemandu Proton Persona pula patah kaki dan dirawat di hospital yang sama,” katanya.

Mangsa yang maut adalah Mohd Fadzil Jusoh, 37; Nazipah Chik, 60; dan dua anak Mohd Fadzil iaitu Muhd Farhan dan Nur Farhana, masing-masing berusia setahun.

Manakala mangsa yang cedera ialah isteri dan anak perempuan Mohd Fadzil iaitu Wan Suhana Wan Abdul Latif, 33, dan Muhd Fahimi, setahun serta pemandu Proton Persona, Abdullah Lebai Abas, 62.

Kesemua enam sekeluarga itu beralamat di Kampung Batu 4, Binjai, Kemaman,Terengganu.

Katanya pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.26 petang mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mengeluarkan pemandu Proton Saga yang tersepit di tempat duduk pemandu.

“Ketika kami sampai ada mangsa daripada Proton Saga telah dikeluarkan oleh orang ramai manakala pemandunya berada dalam kereta dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya. -Bernama

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post