Sekarang kan musim perkahwinan jadi pasti ramai pengantin dan jurugambar yang mencari idea-idea baru untuk meraka detik-detik indah bersempena majlis bahagia itu.
BACA: 10 Gambar Kenduri Kahwin Zaman Dulu-dulu
Kami cadangkan anda boleh adaptasi idea gambar-gambar kreatif terbaru yang diambil oleh jurugambar sosial media terkenal Thailand, Sanit Nithikultanon yang telah memuat naik portfolio terbarunya bertajuk ‘PreEating Not PreWedding’ di Facebook.
Koleksi terbaru Sanit ini merakamkan aksi ‘pre wedding’ kekasih yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka di restoran dan gerai makanan yang popular di Bangkok.
Gambar: Facebook Sanit NithikultanonIdea ini tercetus apabila bakal pengantin lelaki, Max, memberitahu Sanit bahawa dia dan kekasihnya, Mint, inginkan gaya gambar yang santai dan kedua-dua mereka sangat sukakan makanan.
Oleh itu Sanit memberitahu senarai restoran dan gerai yang popular dan merakamkan gambar pre wedding pasangan tersebut di sana, mendengar tentang idea itu kedua-dua mereka berasa sangat teruja.
Gambar: Facebook Sanit NithikultanonGambar-gambar ini telah dirakam di sekitar Yaowarat Road dan memaparkan pelbagai gerai street food termasuklah gambar mereka makan nasi ayam, mi goreng china, donus, pisang salai dan pelbagai jenis makanan lagi.
Menurut Sanit juga pada mulanya Max dan Mint berasa gembira dan teruja ketika mengambil gambar tetapi hampir ke penghujung kedua-dua mereka sudah kekenyangan namun mereka masih ingin menghabiskan sesi pengambaran dengan gembira walaupun kepenatan.
Gambar: Facebook Sanit NithikultanonKami merasakan idea yang dibawa oleh Sanit ini adalah satu idea yang fresh dan tidaklah seperti tipikal gambar perkahwinan di taman ataupun tasik dan menjadikan gambar-gambar ini nampak lebih hidup dan banyak sweet moment.
Gambar: Facebook Sanit NithikultanonMemang banyak betul kedai makan yang Max dan Mint pergi bila tengok daripada gambar-gambar yang diambil. Agaknya mereka sakit perut tak lepas photoshoot ini?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram