Berkat disiplin dan latihan intensif di gimnasium, anggota Forteen, Rizu Forteen kini memiliki tubuh ‘ketak’ atau sado.
Beralih tumpuan daripada senaman kardio ketika mula mengikuti rejim kecergasan, Rizu mula membina otot badan sejak April lalu.
“Sejak April lalu, tumpuan saya beralih kepada latihan bina badan.
“Saya pergi ke gimnasium secara intensif sebanyak empat hingga lima kali dalam seminggu.
“Selain itu, saya mengira jumlah kalori yang diambil dalam makanan setiap hari,” katanya yang cukup berdisiplin mendapatkan tubuh idaman.
Mengenai kerjaya seni bersama Forteen, Rizu memberitahu BH Online, dia bersyukur kumpulan itu memasuki tahun keenam penubuhannya.
“Alhamdulillah, biarpun ada antara kami melakukan kerja lain termasuk menjadi pelakon, kerjaya nyanyian tetap utuh.
“InsyaAllah, kami akan menerbitkan single terbaharu buat peminat, tidak lama lagi. Lagu itu adalah ciptaan Edry Abdul Halim.
“Single itu akan menjadi peluncur semangat kami untuk menyambut tahun baharu. Setakat ini, sebanyak 70 peratus kerja pembikinan single berkenaan sudah siap,” katanya sambil memberitahu judul untuk single terbabit belum diputuskan.
Sumber: BH Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW