Tindakan seorang lelaki yang memuatnaik sebuah video ke laman Facebooknya nampaknya memakan diri apabila dia telah dikecam hebat oleh netizen.
Video berkenaan memaparkan seorang lelaki merakam tindakan seorang lelaki lain yang sedang melanggar seekor biawak berulang-ulang kali dengan sebuah motosikal sehingga reptilia berkenaan mati.
Hanya kerana makan ikan milik mereka, lelaki bangga rakam video langgar biawak banyak kali sampai mati
Berdasarkan percakapan yang didengar daripada video berdurasi 1 minit 33 saat itu, lelaki yang merakam video berkenaan berkata sambil ketawa biawak itu telah memakan ikan mungkin milik mereka sehingga membuatkan mereka bertindak kejam sedimikian.
Selepas melanggar lelaki berkenaan dikatakan memukul reptilia berkenaan dengan sebatang kayu dipercayai cangkul.
Rata-rata netizen menempelak tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak berkeperimanusiaan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW