Gambar lokasi nahas (Kredit Gambar: Geo.tv)
(Kredit Gambar: Instagram Junaid Jamshed @junaid_jamshedpk)
Menurut The Star, pesawat yang terhempas dan terbakar di kawasan pergunungan di Khyber Pakhtunkhwa itu turut membawa bekas penyanyi pop terkenal Pakistan, Junaid Jamshed. Usaha menyelamat sedang giat dilakukan, setakat ini 43 mangsa telah ditemui.(Kredit Gambar:China.org.cn)
Pesawat jenis ATR-42 itu berlepas dari Chitra pada jam 3.30 waktu tempatan dan dijangka tiba di Islamabad sekitar 4.40 petang. Pesawat ini menepati standard piawaian penerbangan dan telah lulus dengan sijil “A-check” pada Oktober lalu bagi ujian yang dilakukan setiap 500 jam penerbangan.(Kredit Gambar:Radio Pakistan)
Pesawat malang itu terhempas di kawasan pergunungan dikatakan mengalami kerosakan enjin. Juruterbang sempat membuang panggilan kecemasan pada jam 4.09 petang waktu tempatan sejurus sebelum pesawat hilang dari radar. Pesawat itu terhempas pada jam 4.42 petang. Pengerusi PIA, Azam Sehgal memaklumkan tentang tragedi itu mengakui sungguhpun dipercayai berlaku masalah teknikal, siasatan lanjut secara menyeluruh akan dilakukan pihaknya.
(Kredit Gambar:BBC News Asia)
Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan oleh 500 tentera, para doktor dan ahli paramedik. Kesemua mayat mengalami kecederaan parah akibat kebakaran pesawat dan sukar untuk dikenal pasti dihantar ke Ayub Medical Centre berhampiran Abbottabad, kira-kira 20 km dari kawasan kejadian.
Selain Junaid Jamshed, bekas penyanyi Pakistan yang kini bergelar ulama, turut ada bersamanya ialah isterinya. CNBC melaporkan, seorang personaliti TV yang juga pereka fesyen terkenal, Nath Khwan turut berada di dalam pesawat. Antara mangsa tragedi itu termasuklah dua lelaki warganegara Austria dan seorang lelaki warganegara China.
Misi menyelamat mangsa rentung giat dilakukan. (Kredit Gambar: CNN)
Menurut rekod, Pakistan pernah mengalami kemalangan udara yang teruk pada tahun 2015. Helikopter yang membawa tentera Pakistan terhempas di sebuah lembah di kawasan utara . Kemalangan itu telah meragut nyawa 8 individu termasuk tentera dari Norway, Filipina dan Indonesia serta isteri wakil Malaysia dan Indonesia. Begitu juga dengan tragedi pesawat Pakistan terhempas pada tahun 2010. Pesawat Airbus 321 yang dikendalikan oleh syarikat persendirian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
Rojak