Isteri hamil setelah 7 tahun, tokey restoran ANZ tawar makanan percuma selama sebulan untuk ibu mengandung

Seorang pengusaha restoran menawarkan hidangan percuma kepada wanita hamil selama sebulan sebagai ‘bayaran’ nazar menantikan zuriat selama tujuh tahun.

Isteri hamil setelah 7 tahun, tokey restoran ANZ tawar makanan percuma selama sebulan untuk ibu mengandung

Isteri hamil setelah 7 tahun, tokey restoran ANZ tawar makanan percuma selama sebulan untuk ibu mengandung

Asseek Ali Mohamed Iqbal, 36, gembira hajatnya dimakbulkan apabila isterinya, Jasmine Abdul Razak, 28, disahkan hamil selepas berdoa di Mekah.

“Seperti yang kita tahu, ibu mengandung mempunyai keinginan tinggi atau mengidam makanan yang macam-macam,” kata pemilik restoran ANZ di Jalan Capsquare di sini seperti dilapor Harian Metro.

“Ada kalanya mereka tidak mampu, dengan adanya makanan percuma di restoran saya, mereka (ibu mengandung) berpeluang makan apa sahaja secara percuma setiap Isnin hingga Ahad bermula jam 7.30 pagi hingga jam 8 malam di sini, selama sebulan.”

Pemuda dari Sabak Bernam, Selangor berkata selepas tiga bulan pulang dari Tanah Suci isterinya berbadan dua dan kini bahagia dengan kehadiran dua anak.

“Apa yang diberikan Allah SWT tidak akan kekal selama-lamanya, tidak salah saya berkongsi rezeki,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post