Kajian: Lebih Ramai Suka Makan Seorang Diri

Sekadar gambar hiasan. Gambar: The New Yonker

Pernahkah anda pergi makan di restoran seorang diri? Bagaimanakah perasaan anda ketika itu? Ramai yang berpendapat mereka yang keluar makan seorang diri ini adalah seorang yang ‘forever alone’ dan kesunyian tanpa kehadiran rakan-rakan atau orang yang tersayang.

BACA: Makanan Segera Beri Gambaran Anda Low Class?

Hal ini kerana sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita apabila ingin menjamu selera di restoran pasti akan pergi beramai-ramai kerana waktu adalah masa yang sesuai untuk bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Akan tetapi satu kajian telah dilakukan oleh OpenTable, iaitu perkhidmatan tempahan restoran secara online mengatakan jumlah individu yang menempah makan malam untuk seorang diri makin meningkat kepada 62 peratus berbanding dua tahun lalu.

Hasil kajian itu juga mendapati mereka yang makan seorang diri ini adalah seseorang yang tidak menghiraukan apa yang orang lain pandang kerana mereka lebih selesa berkeadaan begitu dan mempunyai masa yang lebih untuk diri sendiri serta bebas dalam membuat pilihan.

Di bandar-bandar besar seperti Dallas, Miami, New York, Las Vegas, Chicago dan Philadelpia budaya makan seorang diri ini telah popular di sana jadi anda tidak perlu lagi berasa janggal bila makan seorang diri.

Sekadar gambar hiasan. Gambar: BRENDAN SMIALOWSKI/AFP/GettyImages)

“Makan secara solo ini adalah seperti membelanjai diri sendiri di setiap suapan yang diambil. Restoran juga selalunya mengalu-alukan kedatangan pelanggan sebegini,” menurut Ketua Pegawai Makanan OpenTable, Caroline Potter.

Kelebihan untuk mereka yang makan seorang diri ini adalah berpeluang untuk pergi ke restoran ternama dan ia turut menjadi hobi kepada sesetengah orang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post