Banjir kilat landa Tanah Rata Cameron Highlands

Hujan tanpa henti yang kadang kala lebat sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di Tanah Rata, Cameron Highlands dilanda banjir kilat termasuk di kawasan perumahan polis di Jalan Masjid.

Tanah Rata Cameron Highlands dilanda banjir kilat

Tanah Rata Cameron Highlands dilanda banjir kilat

Polis Daerah Cameron Highlands menerusi kenyataan di laman Facebook menyatakan hujan lebat itu mengakibatkan air Sungai Bertam melimpahi tebing dan memasuki kawasan kuarters itu.

Menurut kenyataan itu air mula surut sepenuhnya kira-kira 5 petang tadi dan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh anggota dan penghuni perumahan itu.

Namun, lif kawasan perumahan itu tidak dapat digunakan akibat dimasuki air.

Difahamkan kawasan lain yang turut terjejas dengan banjir kilat itu adalah kuarters kakitangan kerajaan Jalan Masjid dan Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi memberitahu bahawa hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Tapah-Tanah Rata dekat Bharat Tea Baru.

“Runtuhan itu menyebabkan lalu lintas terhalang…tiada mangsa yang terlibat.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan dengan melibatkan Tenaga Nasional Bhd untuk kerja-kerja elektrik. Kini hanya satu lorong boleh dilalui (di kawasan itu),” katanya. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post