Kecik dedah punca disingkirkan dari Hyper Act

Vokalis kumpulan Hyper Act iaitu Kecik berkata penyingkirannya yang diumumkan secara mengejut di Instagram petang Ahad disebabkan masalah dalaman pengurusan kumpulan itu, Hype Beat.

Kecik dedah punca disingkirkan dari Hyper Act

Kecik dedah punca disingkirkan dari Hyper Act

Kecik atau nama sebenarnya Mohammad Fauzi Kamarudin, 22, ketika dihubungi berkata, keputusan itu bukan berpunca daripada konflik antara dirinya dan ahli kumpulan atau dakwaan isu disiplin seperti yang digembar-gemburkan.

Baca artikel sebelum: Kecik dedah screenshot suruh buang nama Hyper Act kalau ada teluq

“Perkara ini memang sahih dan saya mengumumkan keputusan itu petang ini (Ahad) kerana diminta oleh mereka (pengurusan) selepas empat atau lima bulan konflik dalaman.

“Mereka mungkin boleh cakap apa saja kononnya saya ini bermasalah, tiada disiplin, bergaduh atau apa saja. Saya tiada apa hendak ulas lanjut dan biarlah saya simpan saja,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Kekecohan timbul di media sosial pada Ahad apabila penyanyi itu menerusi akaun Instagram @kecik_hyperact mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan tersebut selepas satu tahun setengah bersama.

Sumber memaklumkan Kecik disingkirkan kerana isu pergaduhan dengan vokalis kumpulan Superchild iaitu Zwen yang turut bernaung di bawah pengurusan sama.

Malah, Kecik juga didakwa mempunyai masalah disiplin dan menunjukkan prestasi yang merudum sejak beberapa bulan lalu.

Kecik berkata, dia tidak akan membalas apa juga kenyataan daripada kumpulan itu dan pengurusannya kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Saya akur dengan keputusan ini dan bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan nanti. Apa pun saya tiada masalah dengan ahli kumpulan itu.

“Sepanjang bersama mereka saya berusaha untuk memberikan yang terbaik tetapi ada beberapa perkara dalaman dengan pengurusan yang memburukkan keadaan.

“Rasanya orang boleh lihat dan nilai sendiri pihak mana yang bermasalah sebenarnya apabila dua vokalis kumpulan ini iaitu saya dan Ronnie Hussein sebelum ini disingkirkan begitu saja,” katanya.

Sementara itu, pengurus Hype Beat iaitu Faizul atau Zoul berkata, pihaknya tidak menafikan ura-ura yang timbul mendakwa Kecik disingkirkan kerana masalah disiplin dan konflik dalaman.

“Memang kami tidak nafikan dia bergaduh dua atau tiga hari lepas dan kurang komited terhadap kumpulan sejak lima bulan lalu.

“Sebenarnya kami memang hendak umumkan secara rasmi pada minggu depan atau awal bulan depan tapi dia sudah umumkan hari ini.

“Selepas ini Hyper Act akan bergerak tanpa vokalis sebab konsep kumpulan itu pun bukan menekankan penyanyi tapi muzik dan kumpulan. Perancangan akan datang akan kita umumkan nanti,” katanya.

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post