Kereta api dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir akibat tanah runtuh

Kereta api perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lipis, Pahang tergelincir antara Bukit Abu-Dabong, dekat Kuala Krai, berikutan tanah runtuh, pagi ini.

Pengurus Wilayah Timur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Zaid Ibrahim, berkata dua gerabak kereta api itu membawa 37 penumpang termasuk empat kakitangan berlepas dari Tumpat pada 4.30 pagi.

Kereta api dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir akibat tanah runtuh

Kereta api dari Tumpat ke Kuala Lipis tergelincir akibat tanah runtuh

Katanya, kereta api berkenaan tergelincir kerana berlaku tanah runtuh di dua lokasi iaitu di hadapan dan belakang gerabak, pada kira-kira 8 pagi.

“Pemandu cuba mengundurkan gerabak sebelum ia tergelincir. Penumpang selamat dan dihantar ke lokasi masing-masing dengan bas, pada kira-kira 1 petang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu, katanya, perkhidmatan kereta api tempatan dari Tumpat ke Gua Musang tergendala sementara waktu dan Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat ke Johor Bharu akan bermula dari Gua Musang, bermula malam ini.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post