“Tindakan Muhyiddin bercuti lama di Eropah tak wajar dan tak bijak” – Khairuddin

Tan Sri Muhyddin Yassin tidak seharusnya bercuti di Eropah tatkala partinya dalam keadaan kucar-kacir dan menghadapi kemelut dalaman, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Tindakan Muhyiddin bercuti lama di Eropah tak wajar dan tak bijak" - Khairuddin

“Tindakan Muhyiddin bercuti lama di Eropah tak wajar dan tak bijak” – Khairuddin

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata tindakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bercuti hanya akan merencatkan gerak kerja ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi.

“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahatahir Mohamad sendiri tidak bercuti.

“Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos. Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, dilaporkan Muhyddin kini masih berada di Eropah. Sepanjang beliau bercuti, pelbagai kemelut dalaman berlaku dalam PPBM dan antaranya ialah Anina Saadudin tersingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Srikandi.

Bahkan, bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor turut memutuskan untuk keluar PPBM, kurang 3 bulan selepas penyertaannya.

Pada 27 Oktober lalu, Khairuddin turut mengumumkan keluar PPBM berkuat kuasa serta merta dengan alasan untuk memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang berlangsung.

Khairuddin berkata PPBM parti yang masih baharu dan sememangnya perlukan perhatian siang dan malam daripada presiden parti.

“Kalau PPBM sudah mantap tidak mengapa, tetapi PPBM baru ditubuhkan. Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali.

“Lepas PRU kalau dia hendak bercuti, bercutilah. Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan. Ini tidak, keluar negara berminggu-minggu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kemelut dalaman yang berlaku dalam PPBM tidak akan merencatkan gerak kerja yang dilakukan parti komponen dalam Pakatan Harapan.

“Pakatan Harapan (PH) amat kuat kali ini, kerana saya lihat gerak kerja Amanah, DAP, PKR dan NGO yang menyokong, mereka bergerak amat kuat di peringkat akar umbi.

“Soal sama ada PPBM boleh ‘perform’ atau tidak dan menjejaskan prestasi PH, saya rasa tidak relevan kerana apa yang saya lihat mereka masih lagi teruskan perjuangan walaupun bersama PPBM atau tidak,” katanya.

 

Sumber: FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post