“Melayu kembali dijajah jika Umno kalah pilihan raya” – Wanita Umno

Seorang perwakilan Wanita Umno semalam menyifatkan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai ‘bapa pilihan raya’  yang akan menentukan masa depan Umno, yang jika diambil ringan boleh menjurus kepada ‘kiamat politik Melayu’.

"Melayu kembali dijajah jika Umno kalah pilihan raya" - Wanita Umno

“Melayu kembali dijajah jika Umno kalah pilihan raya” – Wanita Umno

Justeru itu, Ketua Wanita Umno Ledang Khairin Nisa’ Ismail mahu mentality menang dipahatkan dalam sanubari setiap anggota pergerakan itu kerana segala jasa selama pemerintahan Umno sudah tentu memberi kesan mendalam kepada rakyat.

Namun, katanya, Wanita Umno tidak boleh ‘terlebih yakin’ kerana kegagalan mencerap usaha sendiri boleh mengakibatkan ‘perasaan rendah diri” yang kemudiannya memudaratkan parti.

“Pertarungan itu kelak akan membawa kepada jatuh bangunnya kerajaan (Barisan Nasional) yang ditunjangi Umno selain menentukan masa depan sebuah bangsa.

“Masa semakin suntuk dan hampir dengan peperangan PRU14 nanti, hindari perpecahan kerana kitalah penentu mengelak ‘kiamat politik’, yang andainya terjadi, Melayu akan dijajah kembali dan tidak akan mampu bangkit lagi,” katanya ketika mencadang usul politik pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2016 di sini, semalam.

Ketua Wanita Umno Bahagian Silam Mizma Appehdullah pula mengingatkan Barisan kepimpinan Umno supaya memperjelaskan ungkapan ‘Wanita tulang belakang parti’ dalam bentuk tindakan dan realiti.

“Zaman didodoi dalam politik semakin berlalu, Wanita mahu melihat sejauh mana pembelaan dan keutamaan diberikan,” kata beliau ketika menyokong ucapan dasar ketua sayap itu.

Menurutnya, menjelang PRU14, Wanita Umno mahu penyertaan dan penglibatan wanita diperluaskan dengan pencalonan 30 peratus wanita sebagai calon pilihan raya.

“Bukan kerana jumlah pengundi wanita itu, tetapi kita yakin wanita juga berkelayakan,” katanya. ― Bernama

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

1 Comments

  1. Aku rasa cukuplah masa dan peluang dberi kpd bn memerintah negara.60 tahun sudah memadai utk mengenal hati budi parti itu, yg selama ini lena dek dodoian penyelamat Melayu!, kononnya.Cukup dan cukup lah.Parti lain pun boleh memerintah dgn lebih.Semaklah rekod Penang, Selangor dan Kelantan , pastinya lebih bagus dari zaman pemerintahan pembangkang mereka dahulu.Bila mahukan sokongan,pandai pulak mengaku sbg penyelamat Melayu dan Islam. 60 tahun telah membuktikan siapa kau sebenarnya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post