Padah kacau isteri orang, lelaki dirodok dengan galah diikat parang ketika tidur dengan isteri

Gara-gara disyaki mengacau isteri muda orang, seorang buruh binaan warga Indonesia dirodok dengan parang yang diikat pada galah ketika tidur bersama isteri dan anaknya dalam kejadian di sebuah rumah setinggan di Kampung Melayu Subang di Shah Alam baru-baru ini.

lelaki dirodok dengan galah diikat parang ketika tidur dengan isteri

lelaki dirodok dengan galah diikat parang ketika tidur dengan isteri

Akibat kejadian pada pukul 2.30 pagi, 28 November lalu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Yanto, 20-an, mati selepas dua hari dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Yanto maut akibat mengalami kecederaan teruk pada usus selepas parang yang dirodok ke perutnya dipulas-pulas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Abdul Aziz Awang Darus berkata, ekoran kejadian tersebut, polis menahan dalang pembunuhan Yanto dan tiga orang upahan yang melakukan jenayah tersebut.

Salah seorang orang upahan kes itu merupakan bekas anggota polis yang dibuang kerja berasal dari Sabah.

Menurut beliau, semasa kejadian, Yanto yang tidur di sebuah bilik bersama isteri dan anaknya ce­dera akibat dirodok dengan parang yang diikat pada galah diperbuat daripada buluh yang dimasukkan menerusi tingkap di rumah mang­sa.

“Kecederaan mangsa disedari isterinya yang kemudian terus menolak galah sepanjang 3.5 meter daripada terus mencederakan suaminya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

 

Sumber: Kosmo



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post