Pelakon jelita, Rozita Che Wan mengaku telah membeli rumah banglo berharga RM5 juta yang bertempat di sebuah kelab golf di Kota Damansara, Selangor.
Rozita yang lebih sinonim dengan panggilan Che Ta bagaimanapun meminta supaya tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan pengakuannya mengenai harga rumah tersebut.
Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya.
“Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja,” ujarnya kepada Kosmo! Ahad.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR