Pakcu Baharin tak kebal lagi setelah 20 tahun diburu

Sekian lama menjadi buruan, lelaki warga emas yang disyaki mengetuai ajaran sesat di negeri ini, Baharin Saleh, 89, atau lebih dikenali sebagai Pakcu Baharin ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), kelmarin.

Pakcu Baharin hilang kebal

Pakcu Baharin hilang kebal

Baharin ditahan ketika menyampaikan ceramah agama kepada pengikutnya di sebuah surau di Lubuk Mengkuang, dekat Seri Pilah, di sini, jam 10.30 malam.

Baharin dikehendaki JHEAINS berikutan ajaran disampaikan bercanggah daripada pengertian al-Quran, tidak memiliki tauliah dan dipercayai memiliki kitab sendiri.

Disebabkan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memfatwakan ajaran dibawa Baharin sebagai sesat dan melanggar akidah pada 1990-an.

Lebih 20 tahun berlalu, Baharin dianggap kebal kerana usaha pihak berkuasa menahannya menemui kegagalan akibat kebocoran maklumat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post