Pelajar dipaksa jalani ujian dalam kabut tebal, pengetua digantung

Seorang pengetua sekolah di China menerima padah apabila digantung tugas gara-gara memaksa pelajarnya mengambil ujian di luar kelas dalam keadaan kabut tebal sehingga menyukarkan pelajar untuk melihat kertas ujian mereka.

Malah pengetua terbabit turut melanggar arahan supaya menutup operasi sekolah buat sementara waktu ekoran cuaca buruk berkenaan, sekali gus menyebabkan dia dikenakan tindakan oleh pihak atasan.

Kejadian berkenaan berlaku pada 20 Disember lalu apabila 480 pelajar dari Sekolah Menengah Lingqi di Linzhou diarahakn untuk mengambil ujian di padang bola sepak sekolah tersebut dalam keadaan cuaca kabut tebal.

Gambar yang menunjukkan situasi tersebut mengundang kemarahan golongan ibu bapa pelajar dan netizen terhadap keputusan pihak pengurusan sekolah berkenaan yang menyusahkan pelajar.

Meskipun pengetua sekolah itu, Feng Jisheng berkata, kabut yang melanda tidak teruk tetapi Suruhanjaya Pendidikan di wilayah Anyang memandang serius perkara tersebut dan bertindak menghukum pengetua berkenaan.

Indeks Kualiti Udara juga menujukkan bacaan melebihi 500 iaitu paras merah dan penduduk tidak dibenarkan keluar rumah kecuali kerana terpaksa.

Jisheng dikecam netizen kerana memaksa pelajar membahayakan nyawa sekurang-kurangnya selama empat jam untuk mengambil kertas peperiksaan tersebut.

Portal Shanghaiist melaporkan, walaupun kejadian itu mencetuskan kemarahan netizen, tetapi Jisheng dipercayai tidak akan dibuang kerja dan hanya menerima hukuman penggantungan sementara.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post