Taman Tasik Titiwangsa ditutup 2 tahun

Keseluruhan Taman Tasik Titiwangsa ditutup kepada orang awam bagi semua bentuk aktiviti bermula Januari 2017 hingga Disember 2018.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Jumaat, ia bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek River of Life melibatkan keseluruhan taman itu.

Taman Tasik Titiwangsa ditutup 2 tahun bermula Januari 2017

Taman Tasik Titiwangsa ditutup 2 tahun bermula Januari 2017

“Kerja naik taraf di taman ini adalah bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung di masa hadapan,” jelas kenyataan itu.

DBKL berkata kontraktor yang dilantik akan memulakan kerja pemasangan ‘hoarding’ pada Januari.

“Orang awam dinasihatkan tidak mengunjungi taman tasik atas faktor keselamatan sepanjang tempoh penutupan,” menurut kenyataan itu.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post