Pemandu lori China ada cara kreatif elak saman

Sebilangan pemandu kenderaan berat di China bertindak kreatif termasuk sanggup membayar orang awam untuk berdiri dan berpaut di hadapan kenderaan mereka bagi tujuan menutup nombor plat demi mengelak saman trafik.

Pemandu lori China ada cara kreatif elak saman

Pemandu lori China ada cara kreatif elak saman

Polis di Liujiang dalam wilayah Guangxi berkata, mereka berhadapan 15 kes sepanjang tahun ini membabitkan tindakan pemandu cuba menutup nombor kenderaan mereka dengan pelbagai cara, demikian lapor Nanguo Today News.

Selain itu terdapat juga pemandu yang menggunakan kertas, CD serta alat kawalan juah bagi menutup atau menukar nombor pendaftaran kenderaan mereka.

Sebahagian daripada jalan yang menghubungkan Liuzhou dan daerah-daerah berdekatan digunakan oleh kenderaan berat.

Sehubungan itu bagi mengelak kesesakan, pihak berkuasa memperkenalkan jadual masa perjalanan mengikut angka pada nombor pendaftaran.

Ini bermakna hanya kenderaan dengan nombor tertentu dibenarkan menggunakan laluan berkenaan pada satu-satu masa.

Bagaimanapun kebanyakkan pemandu kenderaan berat cenderung untuk melanggar jadual perjalanan tersebut khususnya pada waktu malam.

 

Sumber: MStar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post