Penerajang Milik Bapak



Tertengok satu video ayah sorang budak ni tangkap dia dekat cyber cafe. Terus teringat waktu aku kecik-kecik dulu. Punya lah nakal.. Dah macam setan dah. Beberapa kali jugak lah kena tangkap dengan ayah aku dekat cyber cafe waktu leka main. Okey lah tu kena tangkap dekat Cybercafe. Daripada kau tu, kena tangkap masa tengah berkepit dengan anak dara. Lagi teruk. Miang. Dasar cinta monyet. Lepas tu kau belajar tak pandai, awek kau masuk asrama. Dia minta putus. Dia cakap dia nak fokus study, padahal dia nak fokus study dengan jantan yang lagi bestari daripada kau. Padan muka kau. Puih. Pi lah bercinta lagi.

Kah kah.. Maaf aku teremosi, aku sambung balik.



Tapi ayah aku punya gangster jangan cerita lah, dia jumpa aku dekat cyber cafe, situ juga dia bawak kayu dia libas terus. Libas terus tau, bukan libas corner. Kau apa tau? Perempuan je 24jam! Sori, teremosi lagi. Dah libas dia bagi hadiah hari jadi, terajang sampai tersungkur depan orang ramai. Gila bapak lah. Kalau semua jantan takpe, ni siap aney mamak tu pun tengok aku. Ya, betul. Ane mamak tu pun jantan.. Kau boleh bayangkan macam mana aku sujud syukur terus depan ramai orang? Malu nak mampos. Senak jantung aku ni nak tahan malu. Macam lepas menang world cup pun ada waktu tu. Tinggal nak angkat piala.

Pehh, kenangan tu bro..

Belum hari jadi kau pun kau dah dapat hadiah. Depan orang ramai pulak tu. Kau nampak tak betapa penyayangnya bapak aku? Tapi tu lah, aku budak kecik kan mana nak serik. Pergi jugak lah diam-diam. Lepas tu kantoi lah lagi. Allahu, seronoknya rasa bila kau terkantoi tu. Rasa dunia ni kau yang punya tau. Melayang-layang fikiran kau. Terbayang tasik yang indah, di kelilingi bunga yang sangat cantik. Tengah main game tu tau-tau je pelempang hinggap dekat pipi. Berdesing telinga rasa macam kau tengah naik UFO.

Mamposs..

Sah! bapak aku! sekali lagi kena terajang sampai tersungkur depan orang ramai. Kali ni bapak aku bagi terajang ala-ala main takraw. Nasib dia tak buat terajang gunting je. Tak hafal lagi agaknya. Melambung beb. Aku yakin, orang ramai dekat kedai mamak tu memang tengah tunggu acara aku sujud je tu. Lepas tu apa lagi? terus lah aku lari masuk ke kereta. Sampai je rumah sambung kena terajang. Doa paling baik waktu tu kau tau tak apa?

"Ya Allah, kau hilangkan lah paip getah, kau hilangkan lah tali pinggang atau batang besi di dalam rumah ini..sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku memohon pertolongan.."

Punya lah garang ayah zaman tu. Walaupun tak join kongsi gelap, tak join tiga line bagai. Tetap gangster gila. Dia punya terajang tu, dah macam Makelele ambil freekick beb. Padu dan syahdu. Terlompat sikit lah kau bila kena. Kau nak try? Aku boleh tunjukkan contoh. Bukan terajang je aku bagi, siap smash dengan raket pun aku boleh buatkan. Baru kau tau birat tu apa.

Paling best dan celaka sekali waktu adik aku langsung tak balik rumah. Aku dah pening dah. Dan aku memang dah agak, ayah aku akan suruh aku pi cari adik aku. Gila betul. Takkan nak jalan kaki? Ahh, berjalan jugak lah aku.. Dalam kepala otak aku memang dah takde tempat lain dah. Ada satu port yang memang muka dia je kat situ. CC! aku pun pergi lah jalan kaki. Jauh jugak bro.. Sampai je sana. SAH! dia tengah main. Power! adik aku ni rileks je main malam-malam.. Dia lupa ke bapak aku tu kaki pukul? sampai je ke adik aku, aku pun bagitau lah yang ayah aku panggil balik..

Dia pandang aku sekejap lepas tu dia cakap..

"bangde duduk lah main dekat sebelah.. bangteh belanja.."

KEPALA BANA! Dia offer aku benda yang aku paling menyesal kalau aku tolak. Ayat tu lah paling aku ingat sampai ke hari ini.. Aku dengan terus lupa apa ayah aku pesan, terus duduk di sebelah dia dan leka main.. Main pakej bro, 3jam. Dah macam pekena ganja, habis khayal aku dengan offer tu. Kecik-kecik dia dah pandai rasuah aku.. Dah besar nak jadi menteri ke? Biadab punya adik. Apa-apa je lah. Aku pun fokus dengan game gila zaman tu RAGNAROK! tak sampai 15minit kalau tak silap aku duduk dekat kerusi tu..

PANG!!

Hinggap penampar dekat kepala.. Bagus!! Bagusssss! Ni yang paling aku suka pun. Celaka punya offer, habis terkhayal aku. Aku apa lagi, terus terjatuh dari kerusi.. aku tengok sebelah, adik aku memang dah jatuh lagi jauh kena terajang.. Okey, mampossss aku kali ni.. Ayah aku dengan abang aku yang datang masa tu.. memang teruk kena bantai beb.. Adik aku tu dah macam layang-layang dah kena terajang, aku ni setakat bergolek macam bola je lah. Tembam kan.

Kau suka ke aku tembam? Kau tu sama je! Fish ball!

Apapun.. Ni semua kenangan masa nakal kecik-kecik dulu.. Penangan mabuk main cyber cafe.. Manakan tidak, zaman tu mana ada game lain. Tu je lah yang ada. last-last lepas perangai macam hantu, adik aku tu kena hantar masuk pondok dah pun jadi ustaz.. Aku je tak lepas masuk pondok sebab aku dari kecik memang dah boleh ajar budak sekolah tadika mengaji. Keh keh, ok tak kelaka.

Korang pernah tak pengalaman kena tangkap dekat cyber cafe masa kecik dulu? Ke kau budak baik duduk menggatai dengan perempuan je? Jantan miang! Kawan aku dulu lagi power, pergi sekolah pakai songkok. Muka baik nak mampos. Dekat kelas memang asik score je bila ujian Pendidikan Islam. Tapi tu lah, cakap dengan mak ayah nak pergi tuisyen, last-last cyber cafe juga dia masuk.. Kau nampak tak sebenarnya pakai songkok tu belum tentu kau anak yang soleh?

Tengah sedap dia main game spiderman, dok terbang sana terbang sini spiderman dia, belum sempat spiderman dia nak mendarat, telinga dia dah kena jentik dari belakang.. Pandang je belakang, ayah dia berdiri.. Hah! Nak jawab apa? Makan jentik-jentik lah jawabnya. Kah kah kah. Aku tak pasti berapa kali penerajang dia dapat bila sampai dekat rumah.



Kau nampak tak?

Dulu pantang ke cyber cafe, memang kena libas. Pandangan mak bapak dulu, cyber cafe ni tempat orang jahat. Kadang-kadang naik pelik mana mak bapak tau kita tengah leka dekat situ..? Tau-tau je muncul, nak jawab apanya? Lari je lah jawabnya. Terkumat kamit mulut baca al fatihah masa tu. Tu orang kata, dulu setakat hantu tu kita okey lagi, jangan sampai junpa mak bapak kita dok berdiri belakang kita je waktu kita main cyber cafe. Itu memang perkara paling menakutkan dalam dunia.

Ni aku nak tanya..

Bebudak sekarang pernah makan terajang tak masa tengah main game spiderman dekat cyber cafe? Kiranya spiderman kau belum sempat mendarat, kau dulu dah mendarat dekat simen. Kalau tak pernah, memang tak power lah. Baik kau teruskan je dengan usaha kau menjadi ahli berbaiah warga wechat. Itu lebih baik. Atleast tak makan penerajang sampai sujud rakaat akhir.

Tak legend lah korang! Badan lembut. Lepas tu nak masuk tiga line, memang telur lah kan.Dah lah badan tak pernah bengkak makan syurga emak kau. (tapak kaki bapak).

Selamat pagi gangster!

P/s : mungkin bapak kau hari ni kaki bangku.. So kau selamat lah kan.. Kalau aku jadi bapak kau, haa.. Malas lah nak jadi bapak kau..

Post a Comment

Previous Post Next Post