Sayu : 2 Pembunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa JAIP tunjuk isyarat bagus lepas dijatuhi HUKUMAN GANTUNG (6Gambar)

Kuantan : Mereka masih boleh tersenyum dan menunjukankan isyarat bagus walaupun mereka telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati akibat kesalahan yang dilakukan mereka.
Mahkamah Tinggi Kuantan, hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua tertuduh yang terbabit dalam pembunuhan Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman menjatuhkan keputusan itu selepas meneliti hujah pihak pembelaan yang gagal menimbulkan keraguan munasabah.




Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, didapati bersalah membunuh Ahmad Raffli pada 1.50 petang, di No 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini, pada 10 Nov 2013.
Kedua tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, membunuh Ahmad Raffli pada tarikh, tempat dan masa yang sama.
Pihak pendakwaan dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh, Nurul Farahah Mohd Suah dan Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam Hermes Putra Media Ibrahim dan Naim Mahmud.


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post