Sayu : Abang ambil lah aziz di laut tu dia dah lama berenang .. aziz 6 tahun maut lemas di laut (5Gambar)

Bachok : Hadi berusia 4 tahun beria menyuruh abang nya  Azzam 9 tahun mengambil aziz 6 tahun yang jatuh kelaut ketika bermain bersama.
“Pergi ambil Aziz, dia dah lama 'swimming' (berenang). Itu yang kerap disebut adiknya manakala si abang hanya menangis sejak semalam," kata Nik Nadrah Nik Ahmad, 45, ibu saudara mangsa dikhuatiri lemas di Pantai Irama, Bachok petang semalam.
Dalam kejadian 6 petang semalam Nik Abdul Aziz Al-Fathoni Abdunhalim, 6, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika bermain dengan adik-beradiknya di tepi pantai.
Sehingga jam 10 malam hari ini, mangsa masih belum ditemui.
Nik Nadrah berkata, kehilangan Nik Abdul Aziz amat dirasai ahli keluarga kerana dia sentiasa ceria.
"Abangnya, Nik Abdullah Azzam, 9, dan adik, Abdul Hadi, 4, yang berada bersamanya ketika kejadian menjadi pendiam kerana masih terkejut. Ibu mereka, Nik Siti Hanifah Nik Ahmad, 40, juga masih trauma dengan kejadian itu.
"Kami sekeluarga berharap Aziz segera ditemui segera dan meminta orang ramai memberi ruang kepada ahli keluarga yang bersedih dengan kejadian," katanya ketika ditemui di Pantai Irama di sini, hari ini.




Selepas 37 jam dilapor hilang, Nik Abdul Aziz Al-Fathoni Abdunhalim, 6, ditemui lemas di pesisir Pantai Irama dekat Kampung Tanjung di sini, 7.20 pagi tadi.
Mayat mangsa ditemui kira-kira lima kilometer dari tempat dia dilapor hilang selepas mandi bersama abang dan adiknya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Azmi Mokhtar berkata, mangsa dijumpai pasukan bomba dan penyelamat ketika meneruskan operasi mencari dan menyelamat, pagi ini.
Katanya, mayat kemudian mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga.
"Dengan penemuan ini, maka operasi mencari dan menyelamat ditamatkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Arwah yang juga anak kedua, tergelincir dan terjatuh ke dalam laut ketika bermain di gigi air Pantai Irama bersama abang, Nik Abdullah Azzam, 9, dan adiknya, Abdul Hadi, 4, pada 6 petang, Sabtu lalu.
Mereka ke pantai itu bersama ibu, Nik Siti Hanifah Nik Ahmad, 40, untuk beridah sempena cuti sekolah.


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post