Secret Recipe Menang Anugerah Kek Terbaik

Gambar: secretrecipefranchise.blogspot.com

Kami pasti ramai yang gemarkan pilihan kek daripada Secret Recipe kerana rasa dan kualitinya jarang mengecewakan para pelanggan bahkan kepelbagaian jenis kek juga menjadikan Secret Recipe sentiasa menjadi pilihan apabila tiba sebarang keraian.

BACA: Kek RM1 Bawa Untung Walaupun Rugi Mulanya

Lebih membanggakan Secret Recipe yang juga merupakan francais kebanggaan negara membuktikan sekali lagi kecemerlangan mereka apabila dianugerahkan Anugerah Kek Terbaik 2016 yang berlangsung di Timur China.

Menerusi kenyataan daripada Secret Recipe memberitahu Sinar Harian bahawa mereka telah memperolehi 10,591, 605 undian daripada orang ramai sekaligus menewaskan 7,000 kedai roti yang lain.

Chocolate Indulgence antara kek signature di Secret Recipe. Gambar: secretrecipe.com

Acara yang telah berlangsung dari 1 November ke 5 Disember yang lalu telah dianjurkan laman web terkenal China, Dianping.com dengan kerjasama restoran terkemuka, Fonterra China Foodservices.

Buat masa sekarang Secret Recipe telah mempunyai lebih 100 cawangan francais sekitar China dan telah memasuki pasaran di sana semenjak tahun 2007 lagi.

Selain itu Secret Recipe yang terkenal dengan kualiti dan rasa kek yang lazat turut diiktiraf sebagai kafe yang paling pesat berkembang kerana mempunyai lebih 450 cawangan sekitar Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, China, Brunei, Myanmar dan juga Maldives.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post