[TERKINI] Tan Sri SM Salim Dilaporkan Telah Meninggal Dunia

[TERKINI] Tan Sri SM Salim Dilaporkan Telah Meninggal Dunia

Berita mengatakan penyanyi berusia 88 tahun itu sudah meninggal dunia yang menjadi viral di media sosial termasuk di WhatsApp adalah tidak benar.

Keadaan penyanyi veteran, Tan Sri SM Salim yang tenat sejak malam tadi masih bergantung pada alat bantuan penafasan dan beliau masih lagi hidup. Keadaan terkini penghibur terkenal itu dimaklumkan cucu saudaranya, Ellyna Ali menerusi kiriman mesej WhatsApp, hari ini.

Berita mengatakan penyanyi berusia 88 tahun itu sudah meninggal dunia yang menjadi viral di media sosial termasuk di WhatsApp adalah tidak benar. Sejak malam tadi, kediaman penyanyi itu dikunjungi ramai rakan artis yang datang menziarah.

Ellyna juga menyatakan keadaan datuk saudaranya itu sejak pagi tadi tidak berubah dan meminta orang ramai tidak mendengar spekulasi. Dalam pada itu, beberapa rakan persatuan hiburan iaitu Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Karyawan Malaysia dan wakil Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) turut hadir menziarah penyanyi itu hari ini. 

[Terkini] Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros dilaporkan telah meninggal dunia jam 5.45 petang tadi akibat sakit tua. Beliau sebelum ini cukup terkenal dengan lagu Apa Dah Jadi dan sebuah lagu duet dengan Dato Siti Nurhaliza berjudul Pandang-Pandang Jeling-Jeling.

Sekalung takziah daripada kami Rojak Daily Kaw buat keluarga Allahyarham.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post