Zarul Umbrella letak jawatan pramugara Malaysia Airlines

Penyanyi, Zarul Umbrella, 43, mengumumkan meletak jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines untuk memberi fokus kepada kerjaya dalam bidang nyanyian.

Zarul Umbrella letak jawatan pramugara

Zarul Umbrella letak jawatan pramugara

Zarul atau nama penuhnya, Zairulkefli Husin, nekad meninggalkan kerjaya tetap selepas 17 tahun bertugas di awan biru.

“Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.

“Saya yakin dengan keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama isteri dan keluarga. “Semoga tindakan yang diambil adalah perkara terbaik untuk kerjaya saya buat masa ini,” katanya kepada BH Online.

Zarul berkata, dia sudah menghantar e-mel rasmi kepada pihak pengurusan Malaysia Airlines.

“Mereka ada menelefon bertanya mengenai keputusan saya untuk berhenti. Cuma saya belum sempat menandatangani surat rasmi lagi,” katanya.

Zarul mengakui beliau perlu bijak merencana hala tuju masa depan kerana melepaskan kerjaya tetap sebagai pramugara.

“Memandangkan saya sudah tiada gaji tetap, saya perlu menyusun dan menyimpan wang sebaik mungkin. Ibaratnya, saya bertukar syarikat kerja saja kerana sekarang tertumpu kepada bidang nyanyian.

“Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun. Itu semua bergantung kepada keadaan dan masa depan,” katanya.

Sebelum ini, Zarul bercuti tanpa gaji untuk menyertai musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV3). Dalam perkembangan terkini, Zarul sedang sibuk mempromosikan single terbaharu yang berjudul Jangan Pernah.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post