25 orang terbunuh, van dan pikap sarat penumpang bertembung

Seramai 25 orang terbunuh dalam kemalangan ngeri selepas sebuah van dan pikap yang sarat dengan penumpang bertembung sebelum meletup dan terbakar di timur Thailand, hari ini.

25 orang terbunuh, van dan pikap sarat penumpang bertembung

25 orang terbunuh, van dan pikap sarat penumpang bertembung

Menurut jurucakap polis, Wiroj Jamjamras, kejadian di wilayah Chonburi, tengah hari, hari ini, itu berlaku apabila pemandu van berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas lalu bertembung dengan pikap di lebuh raya di daerah Ba Bung.

Wiroj berkata, pertembungan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.

“Seramai 25 mangsa, termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan itu dengan ramai mati terbakar selepas tersepit dalam kenderaan,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, van membawa 15 penumpang manakala pikap membawa 12 penumpang.

Hanya dua mangsa terselamat dalam kejadian itu dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Difahamkan, van itu terbabas ke dalam longkang di tengah lebuh raya sebelum memasuki laluan bertentangan dan letupan mungkin disebabkan tong gas NGV yang dipasang pada van berkenaan.

Cuti panjang sempena Tahun Baru di Thailand tahun ini, mencatatkan banyak kemalangan dengan 280 kematian dalam masa empat hari, meningkat 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post