Goh Liu Ying putus cinta selepas 8 tahun bersama

NAMA Goh Liu Ying tiba-tiba menjadi sebutan ramai setelah berjaya memenangi pingat perak beregu campuran acara badminton di Sukan Olimpik Rio tahun lalu.

Goh Liu Ying

Kejayaan Liu Ying yang berpasangan dengan Chan Peng Soon kemudiannya menjadi tumpuan oleh seluruh rakyat.

Beliau bukan sahaja dipuji kerana ketangkasannya di atas gelanggang, malahan ramai juga terpegun kerana kejelitaannya.

Bagi peminat badminton yang mengenalinya secara dekat, sudah diketahui umum Liu Ying sudah mempunyai teman lelakinya, Ong Jian Guo, yang juga bekas pemain beregu negara.

Bagaimana pun, akhbar Cina tempatan, China Press mendapat tahu, rupanya hubungan cinta antara Liu Ying dengan Jian Guo selama lapan tahun difahamkan telah berakhir.

Liu Ying, 27, dikatakan mula bercinta dengan Jian Guo, juga berusia 27 tahun, sejak berusia 19 tahun lagi.

Mereka juga berasal dari negeri yang sama, iaitu Melaka.

Selain berusia sebaya dan berasal dari negeri yang sama, mereka juga bersama-sama dipilih mewakili pasukan negeri dan diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Sebelum ini, mereka pernah menyatakan hasrat bersama untuk menubuhkan akademik badminton di Melaka bagi mencungkil bakat-bakat baharu sebagai usaha dan sumbangan kepada negeri kelahiran mereka.

Liu Ying dan Jian Guo masih belum memberikan sebarang reaksi mengenai status hubungan mereka sehingga hari ini.

Ketika ini, kedua-dua mereka sedang menyertai pertandingan badminton Purple League dengan masing-masing mewakili kelab yang berbeza.

Jian Guo bermain dalam acara beregu lelaki mewakili pasukan Klang City manakala Liu Ying bermain acara beregu campuran bersama Puchong United.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post