Bandai Co. Ltd. beberapa hari lalu telah membuat pengumuman yang tidak dijangkakan oleh peminat setia Digimon apabila mereka membuat kejutan besar akan melancarkan semula Digivice selepas 20 tahun.
Pasti ramai yang lahir tahun 90 an masih ingat tentang permainan ini, dua digivice akan didekatkan dengan sentuh 2 kepingan logam sebelum berperang.
Memetik laporan Itechpost, digivice berkenaan akan dilancarkan semula sempena ulangtahun Bandai yang ke 20 di mana pada zaman kegemilangannya, ia menjadi permainan pilihan golongan kanak-kanak dan remaja satu ketika dahulu.
Untuk keluaran kali ini pihak Bandai akan mengeluarkan digivice dengan pilihan dua warna iaitu kelabu dan coklat seperti gambar dibawah.
Untuk keluaran kali ini, apa yang lebih menarik ia akan didatangkan dengan mod single-player arena di mana anda dapat berperang dengan raksasa lain secara solo.
Fungsi yang lain masih dikekalkan seperti keluaran 20 tahun dahulu di mana masih terdapat mod ‘playing’, ‘training’, dan ‘combining digital monsters’.
Berdasarkan maklumat di lama web Bandai Jepun, digivice ini akan dijual pada harag 3500 yen atau bersamaan RM136 dalam ringgit Malaysia.
Peminat boleh membuat tempahan atas talian di laman web Bandai bermula 27 Mac 2017 dan penghantaran akan dilakukan munkin memangambil masa kerana permintaan yang tinggi membuatkan proses pembuatan sedikit lambat.
Sumber: Siakapkeli.my
Sumber Bandai umum keluarkan semula Digimon Digivice sempena ulangtahun ke 20 tahun