“Bunuh semua bayi lelaki, saya sudah muak menjadi kilang bayi”

SEORANG wanita mencetuskan kontroversi apabila menyiarkan rakaman video menerusi laman YouTube dengan menyampaikan mesej berbaur ancaman untuk meminta penonton supaya ‘membunuh semua bayi lelaki‘.

Wanita tersebut dikenali sebagai Jenny McDermott mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi saluran miliknya dan mengundang kritikan dari seluruh dunia.

Dengan menggunakan tajuk video, ‘Bunuh Semua Lelaki’, wanita berusia 33 tahun itu meminta pengikutnya agar membunuh mana-mana lelaki jika terserempak dengan golongan tersebut.

Walaupun Jenny menganggap kenyataannya itu sebagai bahan lawak, tetapi ramai beranggapan tindakannya sebagai keterlaluan.

Dalam klip video itu, Jenny berkata:

“Saya sudah muak menjadi “kilang bayi’ untuk melahirkan lebih ramai lelaki.

“Jadi penyelesaiannya adalah dengan membunuh semua bayi lelaki dan golongan lelaki yang ditemui di jalanan.

“Kita mahu spesies manusia terus kekal tetapi hanya golongan wanita sahaja dibenarkan. Jadi itu yang perlu kita lakukan,” katanya.

Video itu telah ditonton lebih 200,000 kali sejak disiarkan pertengahan tahun lalu tetapi kembali menjadi tular sejak awal bulan ini dan mencetuskan perdebatan yang hangat dalam kalangan netizen.
Sumber: MStar



Sumber “Bunuh semua bayi lelaki, saya sudah muak menjadi kilang bayi”

1 Comments

  1. dia ni sakit mental ke?

    Izinkan Saya Berzina dengan Anak Pak Cik? BACA SINI

    Isteri DInoda Lelaki Lain.. BACA SINI

    Tonton dan Download Movie: KLIK SINI

    ReplyDelete
Previous Post Next Post