Semalam MH Online telah dikejutkan dengan berita khabarnya pelakon Hanez Suraya telah ke mahkamah syariah. Namun sehingga ke hari ini, pelakon tersebut terus bersikap berdiam diri.
Terbaru, difahamkan pula Serina Redzuawan iaitu anak kepada selebriti Chef Wan juga berhadapan dengan masalah rumah tangga. Sebenarnya kisah ini telah kedengaran sejak pertengahan tahun lalu lagi dan kini kembali hangat diperkatakan lagi.
Ditanya benarkah dia telah ke mahkamah syariah?
“Ooo…hal tu..ya..masih dalam rundingan. Nanti dah tiba waktu saya umumkan. Belum tahu lagi. Doakan yang terbaik,” jawab Serina ringkas melalui Whatsapp.
Serina juga turut mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan.
Serina telah berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris iaitu Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada tahun 2010.
Pasangan ini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Sumber: Media Hiburan
Sumber Selepas Hanez Suraya, giliran Serina Redzuawan ke Mahkamah Syariah