Hazama dan Genervie Kam selamat diijabkabulkan

Penyanyi Hazama, 33, sah bergelar suami kepada pemuzik, Genervie Kam, 37, tepat jam 10.30 pagi tadi di sebuah vila di Gombak, di sini.

Pasangan yang menjalinkan hubungan cinta hampir lima tahun itu selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Pada majlis itu, Genervie menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Hazama dan Genervie Kam selamat diijabkabulkan

Hazama dan Genervie Kam selamat diijabkabulkan

Hazama atau nama penuhnya Hazama Azmi memilih untuk disatukan bersama Genervie secara kecil-kecilan dengan mengutamakan perkara wajib seperti yang dituntut agama.

“Ini adalah permintaan saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju dengan melakukan apa yang wajib saja.

“Cukuplah sekadar majlis ringkas untuk meraikan saya dan isteri. Penyatuan ini cukup memberikan kebahagiaan bermakna walaupun tanpa kenduri besar-besaran,” katanya kepada BH Online.

Pelantun lagu Di Amaran Mama ini menjelaskan, beliau tidak mahu tertekan memikirkan soal berumahtangga kerana ingin fokus kepada Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang bakal berlangsung 22 Januari ini.

 

Sumber: BH Online



Sumber Hazama dan Genervie Kam selamat diijabkabulkan

Post a Comment

Previous Post Next Post