Kenali Mereka Yang Jenis Menunjuk Di Laman Facebook


Artikel ini adalah hasil perkongsian tuan Fdaus Ahmad

"Bang, macam mana nak tahu orang tu menunjuk riya' ujub di fesbuk? Sebab kalau kita cakap macam tu ke dia, dia balas balik bukan nak menunjuk, tapi nak bagi inspirasi"

Ok dia macam ni, riya' menunjuk ni ada 2 jenis:

1. Menunjuk dholalah
2. Menunjuk hasanah

Menunjuk dholalah adalah sejenis riya' yang dia tunjuk apa segala dia ada, beli, pakai, makan, dan sebagainya tapi dalam masa yang sama dia tak nak orang lain pun ada macam dia. Dia tunjuk supaya orang lain jaki, dan dia akan jadi dengki kalau orang yang dia tunjuk tu ada macam dia, atau dapat lebih lagi.

Menunjuk hasanah pula adalah sejenis riya' yang mengandungi strategi. Dia tunjuk dengan harapan orang lain pun ada niat nak macam dia. Dia bukan setakat tunjuk, dia juga bagi jalan, cara dan pimpin tangan kepada siapa siapa yang turut berkehendak untuk dapat apa benda yang dia tunjuk. Dia akan lebih seronok dan gembira kalau orang yang dia tunjuk tu dapat lebih dari dia.

Jadi pandai pandai kau kenal pasti kategori menunjuk yang mana ada di fesbuk ni.

Ohh ya;

Ada lagi satu kategori menunjuk.

Semua hal rumah tangga bergaduh bercinta berwassap pagi petang siang malam apa segala nak cerita di fesbuk.

Yang ni tak masuk dalam 2 kategori di atas. Dia masuk kategori lain;

Menunjuk bangang.


Sumber Kenali Mereka Yang Jenis Menunjuk Di Laman Facebook

Post a Comment

Previous Post Next Post