Saya dengan suami dah kahwin hampir 4 tahun. Tapi kami dah berpisah hujung tahun lepas bila dia lafaz kan talak semasa saya mengandungkan anak dia. Anak pertama kami yang kami tunggu hampir 4 tahun. Saya sedih sangat. Sekarang saya tinggal dengan mak ayah saya.
Kami bercerai sebabkan suami saya ada perempuan lain. Kalau nak cerita detail semua macam mana saya dapat tahu yang suami saya curang memang panjang. Tapi saya cerita penghujung je la ye. Macam-macam saya dah buat untuk dapatkan balik hati suami saya. Saya dah jumpa perempuan tu, dah bincang elok-elok. Awal-awal konon nya perempuan tu nak undur diri, tapi suami saya tak bagi. Dia nak dua-dua sekali, dia tak boleh lepaskan saya juga. Tapi isteri mana yang sanggup dimadukan. Saya tak boleh terima sebab saya tahu tahap kemampuan suami saya. Kami hidup pon struggle lagi.
Lama-lama, saya dapat tahu perempuan tu pon tak boleh tinggalkan suami saya. Dan yang tak boleh saya terima bila ada saudara perempuan tu beritahu saya sendiri yang perempuan tu sanggup terima suami orang, janji dia kaya. Allahuakbar. Saya tak tahu apa yang suami saya dah sogok kat perempuan tu. Mereka masih berhubung dan berjumpa sehingga sekarang.
Hati isteri mana tak sakit bila saya sorang yang berusaha dan beria nak pertahankan rumahtangga saya, tapi suami saya masih kejar perempuan lain. Sakit sangat, lagi-lagi saya tengah mengandung. Hanya Allah yang tahu apa saya rasa. Sehingga kan apa yang saya buat semua tak kena. Suami saya siap marah dan tengking saya sebab saya marah dan ugut perempuan tu. Suami saya lebih pentingkan hati perempuan tu dari hati isteri dia.
Saya minta dilepaskan dan dia sendiri macam takda hati dan perasaan lafaz kn ketika saya mengandung. Tapi tak apalah. Allah ada, family saya, dan anak yang bakal lahir ni kekuatan untuk saya. Biarlah dia nak cari kebahagiaan dia sendiri. Saya pon hanya tunggu bersalin je ni untuk talak jatuh. Selama saya kat rumah family saya, suami saya tak pernah tanya khabar tentang saya atau anak yang sy kandung. Saya anggap je dia memang dah buang saya dan anak yang sy kandung jauh dari hidup dia.
Sy redha dengan apa yang dah jadi kat saya. Cuma saya tak mungkin dapat maaf kn perempuan tu dan suami sy. Mungkin ambil masa untuk saya melupakan dan memaafkan. Cuma kalau suami saya dah sedar akan segala kesalahan dia (kalau lah), dan cari saya, perlu ke saya maaf kn dia dan terima dia balik? Perlu ke saya terima untuk masa depan anak yang sy kandung ni? Tapi ni semua KALAU, tapi saya tahu tak mungkin dia cari saya balik bila dia dh ade perempuan tu dlm hidup dia. Dia sendiri dah bahagia bila saya dah keluar dari rumah tu. Saya pon dh tawar hati dengan dia.
InsyaAllah dalam minggu depan saya akan ke pejabat agama untuk reportkan lafaz yang dia dah buat kat saya. Doakan segalanya nya dipermudahkan ye.
Harap rakan-rakan KRT semua dapat doakan yang terbaik untuk saya dan anak yang sy kandung ye dan doakan saya diberikan kekuatan untuk jaga anak ni. Terima kasih semua.
Sumber: Ohmymedia
Sumber ‘Saya Diceraikan Suami Selepas 4 Tahun Menanti Zuriat’ – Kak Sha