Viral surat isteri mohon suami belikan kasut Nike, syarikat hadiahkan percuma dan wang saguhati

Selepas foto surat rasmi seorang wanita memohon suaminya membeli sepasang kasut viral di media sosial, pengusaha syarikat memutuskan untuk menghadiahkan kasut yang diidaminya dan sejumlah wang saguhati.

 

 

 

Viral surat isteri mohon suami belikan kasut Nike, syarikat hadiahkan percuma dan wang saguhati

Viral surat isteri mohon suami belikan kasut Nike, syarikat hadiahkan percuma dan wang saguhati

 

 

Kasut diberi secara percuma kerana surat yang dianggap lucu oleh netizen secara secara tidak langsung meningkatkan jualan produk, kata syarikat Indie Sneakers.

“Alhamdulillah sejak ‘Surat Permohonan Viral’ tersebar luas di Facebook dan Twitter petang semalam, sehingga kini dikongsi hampir 15,000 pengguna.

“Page kami seakan-akan dilanda tsunami dan bilangan tempahan yang diterima adalah sangat diluar jangkaan,” kata pengasasnya Amirul Haqim di Facebook rasmi.

Wanita dikenali Rozaina menulis surat pada suaminya pada 9 Januari lalu meminta suaminya membelikan kasut jenama Nike berharga RM179.

Surat tersebut dimuat naik di page Indie Sneakers di Facebook dan mendapat lebih 3,000 perkongsian.

 

 

Sumber: Oh my media



Sumber Viral surat isteri mohon suami belikan kasut Nike, syarikat hadiahkan percuma dan wang saguhati

Post a Comment

Previous Post Next Post