14 Ahli Ggabungan Sokong Tunku Ismail Jadi Presiden FAM



JOHOR BAHRU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka mendapat presiden baru apabila delegasi 14 ahli gabungan persatuan bola sepak negeri dan kelab sebulat suara menyokong Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertanding jawatan itu pada Kongres ke-53 badan induk itu, 25 Mac ini.
Delegasi itu mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi selama sejam sejak jam 9 pagi semalam, untuk menyatakan sokongan terhadap Tunku Ismail selain memohon perkenan baginda bagi membolehkan TMJ yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim bertanding jawatan itu.
Wakil delegasi itu, Datuk Yusoff Mahadi berkata, ia satu pertemuan mesra dan menyatakan hasrat untuk melihat anakanda Sultan Johor menerajui FAM.
“Tuanku Sultan menekankan persetujuan bergantung kepada ketulenan sokongan kepada TMJ dan tidak mahu ada antara 14 ahli yang datang namun menarik semula sokongan di kemudian hari.
“Bagaimanapun, baginda sultan akhirnya bersetuju selepas kami yang mewakili 14 ahli gabungan FAM memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada TMJ.
- Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post