Fiza Halim Sudah Tutup Akaun Instagram, Tak Tahan Dicerca Netizen?



Kasihan juga dengan barisan selebriti yang tak habis-habis dikecam oleh para netizen. Maksum sangat agaknya netizen sampaikan semua tepi kain selebriti diperhatikan. 

Salah seorang gerangannya yang sering ditembak dengan kata-kata hinaan dan juga cercaan melalui laman Instagram ialah pelakon Fiza Abdul Halim.

Memetik laporan Utusan Malaysia menerusi ruangan Mary Jane, Fiza dikatakan terpaksa menutup akaun Instagram miliknya kerana tak tahan diserang dengan netizen bermulut lahar ini. 

Lebih-lebih lagi bila Fiza dilaporkan mahu menuntut bekas suaminya untuk melunaskan bayaran edah dan mutaah, membuatkan para haters makin menjadi-jadi melempiaskan kutukan mereka. Tak baik ya!

Dalam pada itu, ruangan Mary Jane itu turut berkata antara sebab lain Fiza menutup akaun Instagram adalah untuk memberi fokus kepada persiapan perkahwinannya dengan 'abang pilot' sebagai suaminya. 

"Sebab itu banyak persiapan yang perlu dilakukan apabila Mary Jane dapat tahu katanya majlis itu bakal berlangsung tak lama lagi. Kenalah buat proper, ingat ini kahwin koboi ke?," tulis laporan itu. 

Apa pun, ada baiknya juga bila selebriti mengurangkan sedikit aktiviti media sosial mereka, kerana banyak yang buruk dari baik berlaku di situ. 

Post a Comment

Previous Post Next Post