Ben Nathan Tunggu Keputusan Status Hak Penjagaan

Baru-baru ini, laman sosial digemparkan dengan sebuah video memaparkan penampilan Ben Nathan, 54, yang tidak terurus hidup bagai gelandangan di kaki lima sekitar ibu negara, sekali gus meraih simpati orang ramai.



Menurut BH Online, bekas penyanyi era 80-an yang terkenal dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu bagaimanapun berjaya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan mental pada Rabu lalu.

Susulan rawatan pakar perubatan, laporan tidak menunjukkan gaya hidupnya bergelandangan sejak 20 tahun lalu tiada bersangkut paut dengan pengambilan dadah.

P Vasanthi, 43, adik kepada bekas penyanyi itu berkata keluarga mereka lega dengan berita itu, dalam masa sama menepis fikiran negatif segelintir pihak.

"Sudah lama gangguan emosi berlaku terhadap Ben, malah dulu kami kerap membawanya berubat hingga ke Thailand. Sama ada perubatan tradisional, mahu pun merujukkan dirinya ke HKL, semuanya kami sudah usahakan suatu masa lalu. 

Keluarga Ben bagaimanapun tidak menyalahkan mereka yang berfikiran sedemikian kerana mereka tidak tahu situasi sebenar.

Menurut BH Online, buat masa ini Ben ditempatkan di Wad Psikiatrik HKL bagi pemantauan selain menunggu hasil laporan sebelum JKM memutuskan status hak penjagaannya sama ada diserah kepada jabatan terbabit atau pihak keluarga.

Diharap orang ramai berhenti berfikiran negatif dan mendoakan Ben diberi kesempatan untuk kembali pulih. 

Post a Comment

Previous Post Next Post