Dua Tahun Kahwin, Amir Raja Lawak Tertekan Tiada Anak?

Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Nur Intan Syafinaz Shaari, pelawak Amir Raja Lawak masih belum berpeluang untuk menimang cahaya mata.

Namun menurut Amir, dia tidak berasa tertekan walaupun sering ditanya mengenai hal sedemikian serta percaya dengan takdir dan rezeki yang sudah ditetapkan Tuhan.


"Seronok juga kalau ada anak di rumah tetapi saya tidak berasa tertekan apabila ditanya soal itu kerana saya anggap pertanyaan itu perkara biasa," katanya kepada mStar Online

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 29, berkata dia tidak memandang hal tersebut sebagai sebuah kekurangan sebaliknya menganggap ia mempunyai hikmah tersendiri.

"Allah belum beri rezeki anak tetapi dia beri rezeki untuk saya manfaatkan masa bersama isteri dan kalau sudah ada anak nanti mungkin kami tak boleh 'berkepit' macam sekarang. Alhamdulillah saya dikurniakan seorang isteri yang cukup baik dan dia sentiasa ada di sisi malah sering ikut ke mana sahaja saya pergi."

Sudah berkahwin sejak 14 Mac 2015, pelawak ini masih lagi dalam 'mood' berbulan madu.

Kami doakan yang baik-baik sahaja untuk Amir dan isteri tercinta. Semoga dengan berkat kesabaran ini, sesuatu yang indah sedang menanti kelak.

Post a Comment

Previous Post Next Post