Berhabis RM3juta Demi Nak Jadi Macam Britney



Seorang peminat dikenali sebagai Bryan Ray sanggup membelanjakan jutaan ringgit bagi menjalani pembedahan plastik demi mahu memiliki wajah mirip Britney Spears.
Laporan Aceshowbiz menyebut, Bryan mengaku sangat obses dengan Britney sehinggakan dia rela membayar sebanyak USD80,000 (kira-kira RM3,539,600) bagi menjalani 90 prosedur pembedahan bagi membuatkan wajahnya mirip pelantun hits 'Baby One More Time' tersebut.
Lelaki yang berasal California itu pada mulanya menjalani prosedur pada bibirnya agar senyumannya kelihatan mirip Britney. Selepas itu, dia menjalani pula pembedahan hidung, menyedut lemak, suntikan botox dan banyak lagi.
Tidak hanya itu, Bryan juga mempunyi sejumlah peruntukan dari segi penjagaan kulit agar kulitnya mulus setiap bulan. Dia membelanjakan sebanyak USD500 (kira-kira RM2,212) setiap bulan untuk membeli losyen dan krim.
"Saya suka perubahan pada wajah dan tubuh saya dengan menjalani pembedahan plastik juga prosedur kosmetik. Sejak di usia remaja, saya selalu menganggap Britney Spears adalah idola yang sempurna," kata Bryan.
Dalam pada itu, Bryan merancang untuk menceburi bidang peragaan dan dalam masa yang sama dia tidak akan berhenti meniru idolanya, Britney Spears.

Post a Comment

Previous Post Next Post