Chef Wan kutuk sikap pemalas rakyat Malaysia tak mahu kemaskan meja sendiri di restoran makanan segera

CHEF selebriti tanah air iaitu Chef Wan sememangnya dikenali sebagai seorang individu yang agak lantang dalam melontarkan pendapatnya mengenai sesuatu isu menerusi medium media sosialnya.

Chef Wan kutuk sikap pemalas rakyat Malaysia tak mahu kemaskan meja sendiri di restoran makanan segera

Chef Wan kutuk sikap pemalas rakyat Malaysia tak mahu kemaskan meja sendiri di restoran makanan segera

Baru-baru ini Chef Wan atau nama lengkapnya, Datuk Redzuawan Ismail menerusi laman Instagram peribadinya meluahkan kekesalannya terhadap segelintir sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Mereka dikatakan lebih mementingkan diri sendiri selain bersikap malas untuk membersihkan meja selepas kenyang menjamu selera.

Chef Wan Kutuk Sikap Pemalas Segelintir Masyarakat

Chef Wan Kutuk Sikap Pemalas Segelintir Masyarakat

“What i dont understand is i see many people after having their meal would just walked away and leave their thrash for others to clean if they need a seat.”

Kekesalan itu diluahkannya ketika berkunjung ke sebuah rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di ibu kota selepas menonton wayang ‘Arrival’.

Dalam pada itu, Chef Wan turut menasihati orang ramai supaya lebih bertimbang rasa dan meringankan tulang untuk saling bantu-membantu.

Adalah menjadi amalan dan budi bahasa masyarakat kita untuk membersihkan sisa-sisa makanan selepas menjamu selera.

Malah cef selebriti itu juga turut memberikan pesanan pedas kepada ibu bapa di luar sana supaya mendidik anak-anak masing-masing tentang adab dan jangan turut sama bersekongkol dalam perlakuan tersebut.

“Mak bapak jika perlu please ajar anak-anak tu also take their own tray and empty them at the bin.

“Ini tidak setengah Mak Bapak pun perangai sama sahaja! I find these days people seem to lack manners, insensitive to others and have this sikap selfishness di dalam diri masing-masing.”

Selain itu, Chef Wan juga membidas individu-individu yang ‘tidak pandai’ untuk mengepam tandas serta suka membuang sampah merata-rata.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



Sumber Chef Wan kutuk sikap pemalas rakyat Malaysia tak mahu kemaskan meja sendiri di restoran makanan segera

Post a Comment

Previous Post Next Post