Denda RM300 Jika Pemandu Ambil Gambar Atau Video Kesalahan Jalan Raya

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Sharif berkata, pemandu kenderaan tidak boleh merakam gambar atau video mengenai kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya yang lain walaupun ia bertujuan untuk disalurkan kepada JPJ.

Denda RM300 Jika Pemandu Ambil Gambar Atau Video Kesalahan Jalan Raya

Denda RM300 Jika Pemandu Ambil Gambar Atau Video Kesalahan Jalan Raya

Beliau berkata, pemandu berkenaan boleh diambil tindakan jika berbuat demikian kerana penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan kesalahan di bawah Kaedah 17 A, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda sebanyak RM300.

“Memang kita galakkan orang ramai membantu salurkan maklumat melalui pelbagai aplikasi, tapi sepatutnya gambar atau video mestilah diambil oleh orang lain dalam kenderaan dan bukannya pemandu itu sendiri,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran Ops Tahun Baharu Cina 2017 peringkat negeri Kedah di sini minggu lepas.

Sebanyak 560 kenderaan diperiksa dalam operasi di sekitar Jalan Pegawai di sini dan 75 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan. – Bernama

Sumber: The Coverage



Sumber Denda RM300 Jika Pemandu Ambil Gambar Atau Video Kesalahan Jalan Raya

Post a Comment

Previous Post Next Post